Tuesday 31 July 2012

Zamri & Siti Zakiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Terima Kasih kepada semua kerana sudi menatap blog kami...Disini kami sertakan sebahagian gambar perkahwinan Saudara Zamri Bin Abd Rahman dan pasangannya Siti Zakiah Bt Sulaiman...Majlis dilangsungkan dirumah mempelai perempuan di Felda Tunggal,Kota Tinggi Johor...



 Majlis dilangsungkan serba meriah pada 10 Jun 2012(Ahad) bersamaan 20 Rejab 1433H..Disini kami di JB Snaper Photography ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Rumah iaitu Pakcik Abd Rahman Bin Ibrahim serta Isteri Beliau makcik Asiah Binti Abu Bakar kerana sangat peramah dan melayan kami dengan amat baik sepanjang kami menjalankan tugas di kediaman beliau...



 Terima kasih juga kami ucapkan kepada saudara mara serta semua ahli blok 21 Peringkat 2 Felda Tunggal kerana sanggup meluangkan masa untuk memeriahkan majlis ini..Walaupun penat seharian,masih mampu mengukir senyuman dan menyapa kami dengam mesra....



 Kepada kedua mempelai,Kami di Jb Snaper photography mengucapkan sekalung tahniah dan Selamat Pengantin baru..Semoga ceria-ceria sentiasa dan cepat memperoleh cahayamata yang comel-comel...hehehe....




 TERIMA KASIH SEKALI LAGIII.....





Mohd Azizul & Noraya

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami...disini kami memperlihatkan sebahagian gambar perkahwinan Mohd Azizul Bin Abd Aziz serta pasangannya Noraya Bt Sairon..Majlis berlangsung pada 24 Jun 2012(Ahad) bersamaan 4 Syaaban 1433H.Majlis dilangsungkan dirumah mempelai perempuan di Felda Sening Kota Tinggi,Johor...



 Terima Kasih kepada Tuan Rumah Pakcik Sairon Bin Markon serta isteri Makcik Saudah Bt Abd Manan kerana melayan kami dengan amat baik sepanjang majlis berlangsung....Tidak dilupakan kepada saudara mara beliau kerana malayan kami seperti sebahagian ahli keluarga sendiri....Kepada semua ahli-ahli blok 8 Felda sening juga tidak dilupakan kerana penat lelah sepanjang hari semata-mata untuk memeriahkan majlis ini...



 Kepada kedua mempelai,kami ucapkan Selamat Pengantin Baru.Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....Terima kasih tak terhingga kerana kepercayaan anda untuk mengundang kami untuk merakamkan saat-saat manis kalian berdua...



 TERIMA KASIH SEMUA.....




Mohd Azizi & Faiziah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua yang sudi menatap blog kami....gambar kat bawah ni adalah sekitar majlis Perkahwinan Mohd Azizi Bin Mohd Ali dan pasangannya Faiziah Bt Ja'apar...majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Kledang,Kota Tinggi Johor...


 Majlis berlangsung pada tanggal 3 Jun 2012 bersamaan 13 Rejab 1433H...Terima kasih kepada Tuan rumah yang sentiasa ceria sepanjang majlis ini...Serta semua ahli-ahli blok 13 kerana bergotong-royong bersama-sama untuk memeriahkan majlis ini...


 Akhir sekali kami ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai,semoga berbahagia menempuh alam perkahwinan...Terima kasih sekali lagi kerana menjemput kami untuk merakamkan gambar perkahwinan kalian berdua.... TERIMA KASIH SEMUA.....