Friday 31 August 2012

JB SNAPER BERSAMA KEMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....Selamat Hari Kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia tak kira bangsa,umur dan keturunan...Semoga kesejahteraan Negara dapat dikekalkan sampai bila-bila....




 Disini kami sertakan sebahagian gambar yang diambil semasa Perbarisan Hari Kemerdekaan Daerah Kota Tinggi..Majlis gilang gemilang dilangsungkan di Padang Majlis Daerah Kota Tinggi pada 31 Ogos 2012 jam 8 malam...Majlis diserikan dengan penglibatan banyak agensi Kerajaan,NGO dan swasta....




Fokus kami kepada KEMAS Daerah Kota Tinggi yang sememangnya sporting pada malam ini...Tahniah kepada KEMAS kerana merangkul hadiah sebagai Johan Keseluruhan Perbarisan dan Naib Johan Pakaian Seragam Tercantik....Semoga lebih berjaya dimasa akan datang....





 TAHNIAH SEKALI LAGI......







Saturday 25 August 2012

Majlis Pernikahan Syuaib & Rubiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami....Untuk paparan kali ni kami sertakan sebahagian gambar yang diambil semasa Majlis Pernikahan Saudara Ahmad Syaib Bin mohd Subari serta Pasangannya Saudari Rubiah Bte Ahmad...



 Majlis dilangsungkan di kediaman mempelai perempuan di Felda Adela,Kota Tinggi Johor pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H...



Kami amat berterima Kasih kepada tuan rumah En.Ahmad Bin Abd Gaffar serta isteri beliau Puan Maimunah Bt Abdul Manan kerana melayan kami dengan baik...begitu juga dengan semua ahli keluarga serta saudara-mara beliau yang amat ramah melayan kami semasa kami menjalankan tugas disana....



 Kami amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada kedua mempelai kerana sudi menjemput kami untuk merakamkan detik-detik manis kalian berdua...Semoga rumahtangga yang baru dibina ini akan kekal dan bahagia hingga keakhir hayat...




Terima Kasih Semua dan Selamat Hari Raya....





Wednesday 22 August 2012

Majlis Pernikahan Hanafie & Aini.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog kami... Untuk tatapan semua pengunjung,disini kami sertakan sebahagian gambar yang diambil pada Majlis Pernikahan Saudara Muhammad Hanafie Bin Jaaman serta pasangannya Saudari Aini Bt Hj Ab Kadir...


Majlis berlangsung di kediaman mempelai perempuan di Felda Adela,Kota Tinggi Johor pada 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H....



 Kami berterima kasih kepada Tuan Rumah En Hj Ab Kadir serta isteri kerana melayan kami dengan amat baik semasa kami menjalankan tugas di rumah beliau...begitu juga dengan ahli-ahli keluarga dan sanak saudara beliau kerana kemesraan dan keramahan untuk menyapa kami... 




kepada kedua mempelai,kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjemput kami untuk merakamkan saat-saat manis kalian...kami juga mengucapkan sekalung tahniah kerana sudah bergelar suami isteri..semoga dengan ikatan suci ini kalian dianugerahkan keberkatan berumahtangga,diberikan kebahagiaan serta dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah serta comel-comel....




 kami di JB Snaper Photography ingin memohon maaf sekiranya kami ada melakukan kesalahan samaada sedar atau tidak...minta dihalalkan makan dan minum kami semasa disana...(hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan...hehehe...)




 Terima Kasih Semua....Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....



Monday 13 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI












Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang sudi berkunjung ke blog kami....





 Bersempena hari baik dan bulan baik ni,kami di JB Snaper Photography ingin memohon kemaafan sekiranya kami ada membuat kesalahan/kesilapan sepanjang kami menjalankan tugas di tempat kalian semua....mungkin ada terkasar bahasa atau terlanjur kata serta ada tingkah laku yang kurang disenangi....Kami minta jugak dihalalkan makan dan minum.....





 Semoga kalian ceria sempena bulan Syawal yang bakal menjelma...Sekiranya ada yang pulang kekampung,pandulah dengan cermat....dan pastikan semua pintu rumah dikunci sebelum meninggalkan rumah supaya tidak terjadi kejadian yang tidak diingini....





 Akhir sekali Kami di JB Snaper Photography sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN....




 Wassalam.....

Wednesday 1 August 2012

Mohd Zaki & Aisyah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi blog kami...Dalam catatan kali ni kami sertakan sebahagian gambar Majlis Raja Sehari Saudara Mohd Zaki Bin Borhan dan pasangannya Aisyah Bt Yahya...Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Mohd Yassin,Simpang Renggam,Johor.


 Majlis dimeriahkan lagi dengan kunjungan para-para sahabat dan saudara-mara Tuan Rumah Pakcik Yahya Bin Rakbi dan Makcik Norah Bt Salim...Terima Kasih tak terhingga kepada Pakcik dan Makcik kerana melayan kami dengan amat mesra semasa kami menjalankan tugas 2 hari disana...Terima Kasih juga kami tujukan kepada jiran-jiran tetangga Jalan Seladang 1,Taman Mohd Yassin kerana meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan Majlis ini...



 Akhir sekali kami ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua mempelai kerana mengundang kami untuk merakamkan saat-saat manis perkahwinan kalian...kami di JB Snaper Photography mengucapkan sekalung tahniah dan Selamat pengantin baru...Semoga dengan ikatan suci ini mendapat keredaan didunia dan Akhirat....Aminnn....



 TERIMA KASIH SEMUA.......