Wednesday 22 August 2012

Majlis Pernikahan Hanafie & Aini.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog kami... Untuk tatapan semua pengunjung,disini kami sertakan sebahagian gambar yang diambil pada Majlis Pernikahan Saudara Muhammad Hanafie Bin Jaaman serta pasangannya Saudari Aini Bt Hj Ab Kadir...


Majlis berlangsung di kediaman mempelai perempuan di Felda Adela,Kota Tinggi Johor pada 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H....



 Kami berterima kasih kepada Tuan Rumah En Hj Ab Kadir serta isteri kerana melayan kami dengan amat baik semasa kami menjalankan tugas di rumah beliau...begitu juga dengan ahli-ahli keluarga dan sanak saudara beliau kerana kemesraan dan keramahan untuk menyapa kami... 




kepada kedua mempelai,kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjemput kami untuk merakamkan saat-saat manis kalian...kami juga mengucapkan sekalung tahniah kerana sudah bergelar suami isteri..semoga dengan ikatan suci ini kalian dianugerahkan keberkatan berumahtangga,diberikan kebahagiaan serta dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah serta comel-comel....




 kami di JB Snaper Photography ingin memohon maaf sekiranya kami ada melakukan kesalahan samaada sedar atau tidak...minta dihalalkan makan dan minum kami semasa disana...(hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan...hehehe...)




 Terima Kasih Semua....Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....



No comments:

Post a Comment