Sunday 16 December 2012

Tahjuddin & Sharifah Nadiah(Bertandang)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 Kita bersua lagi dalam ruangan mengabadikan saat-saat manis para mempelai...Kali ini kami sertakan sebahagian majlis Bertandang Saudara Tahjuddin dan isteri Saudari Sharifah Nadiah di kediaman keluarga pihak lelaki di Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi Johor pada 8hb Disember 2012...Kami amat berbesar hati dan amat berterima kasih kerana diundang sekali lagi untuk mengabadikan gambar perkahwinan kalian...

 Kami juga berterima kasih kepada Tuan Rumah serta isteri,Ahli keluarga serta saudara -mara mempelai kerana tidak lekang senyuman menyapa kami walaupun penat seharian menjayakan majlis ini...Kami juga berterima kasih kepada Seni Silat Gayong Malaysia atas persembahan dan memberi ruang untuk kami merakamkan persembahan silat yang sememangnya hebat.Tidak dilupakan terima kasih kami ucapkan kepada DJ yang membawa keceriaan serta sudi mempromosikan kami sebagai fotografer pada hari tersebut...

 Akhir sekali kami memohon kemaafan seandainya kami ada melakukan kesalahan samaada sedar atau tidak...Semoga kita semua dipanjangkan umur dan seterusnya dapat bersua kembali dimasa akan datang...

 TERIMA KASIH SEMUA...


No comments:

Post a Comment