Monday, 13 May 2013

Majlis Persandingan Ieta & Zuhailee

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

Kali ini kami paparkan sedikit coretan dan saat indah pada Majlis Persandingan Saudari Ieta dan pasangannya Saudara Zuhailee. Majlis bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Sg Rengit, Pengerang pada 28 April 2013.

Majlis bermula dengan Majlis Pernikahan pada waktu pagi, seterusnya Majlis Persandingan dan diakhiri dengan sesi outdoor bersama pasangan mempelai pada waktu petang. Tampak meriah majlis meraikan pasangan mempelai ini dengan kehadiran rakan-rakan, jiran tetangga, saudara mara yang datangnya dari jauh dan dekat.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terpancar rasa kesyukuran diwajah pasangan mempelai, keluarga dan saudara mara dengan kemeriahan majlis.

Dikesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai dan keluarga kerana sudi menggunakan khidmat kami. Kami juga mewakili pihak Jbsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas.

Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada pasangan Ieta & Zuhailee serta seluruh ahli keluarga. In Shaa Allah jika diberi kesempatan kita akan bersua semula.
Terima Kasih.


Tidak perlu mencari teman secantik Balqis ,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
Jika kasih tidak sekuat Hajar,
Dan mengapa didamba teman hidup yang sesempurna Muhammad,
Jika ada keburukan dalam diri,
Bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah,
dia milikmu kini dan selamanya, Amin...













Majlis Persandingan Suhaila & Adzhar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Coretan kali ini adalah mengenai Majlis Persandingan Saudari Suhaila dan pasangannya Saudara Adzhar.
Majlis berlangsung pada 27 April 2013 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Felda  Tunggal, Kota Tinggi, Johor. Alhamdulillah pasangan diraikan dengan satu majlis yang gilang gemilang dengan kehadiran ramai tetamu jemputan yang datangnya dari jauh dan dekat. 

Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Kami dari pihak Jbsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memberikan kerjasama yang baik ketika kami menjalankan tugas. 

Kami mendoakann semoga ikatan suci yang dibina sentiasa diredhai-Nya, berbahagia ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Semoga berjumpa lagi...


Firman Allah S.W.T
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, 
"Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah)
diciptakan-Nyajodoh-jodoh untuk kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang, 
Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi orang-orang yang berfikir"
( Surah Al-Rum, ayat 21 )