Kali ini kami paparkan sedikit coretan dan saat indah pada Majlis Persandingan Saudari Ieta dan pasangannya Saudara Zuhailee. Majlis bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Sg Rengit, Pengerang pada 28 April 2013.
Majlis bermula dengan Majlis Pernikahan pada waktu pagi, seterusnya Majlis Persandingan dan diakhiri dengan sesi outdoor bersama pasangan mempelai pada waktu petang. Tampak meriah majlis meraikan pasangan mempelai ini dengan kehadiran rakan-rakan, jiran tetangga, saudara mara yang datangnya dari jauh dan dekat.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terpancar rasa kesyukuran diwajah pasangan mempelai, keluarga dan saudara mara dengan kemeriahan majlis.
Dikesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai dan keluarga kerana sudi menggunakan khidmat kami. Kami juga mewakili pihak Jbsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas.
Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada pasangan Ieta & Zuhailee serta seluruh ahli keluarga. In Shaa Allah jika diberi kesempatan kita akan bersua semula.
Terima Kasih.
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis ,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
Jika kasih tidak sekuat Hajar,
Dan mengapa didamba teman hidup yang sesempurna Muhammad,
Jika ada keburukan dalam diri,
Bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah,
dia milikmu kini dan selamanya, Amin...
No comments:
Post a Comment