Friday, 26 April 2013

Majlis Persandingan Alinn & Yusly

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 

Indah, megah dan bergemerlapan. Itulah yang dapat kami simpulkan pada Majlis Persandingan pasangan Saudari Alinn dan Saudara Yusly yang bertempat di kediaman pengantin perempuan di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Suasana perkahwinan bak Puteri dan Putera Kayangan dengan singgahsana serba putih dan dihiasi dengan lampu-lampu indah umpama taman larangan. 

Majlis  di hadiri tetamu yang datang dari jauh dan dekat yang sama -sama memeriahkan lagi majlis. Sinar kebahagian dan kegembiraan terpancar dari wajah pasangan mempelai dan keluarga yang bersyukur kerana majlis berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.

Kami dari pihak JBsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan ketika kami menjalankan tugas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai dan keluarga atas kerjasama dan layanan baik ketika kami di sana. 
Berjumpa lagi....

" Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon restu-Mu agar  limpahkanlah berkat dan  rahmatilah 
pasangan Alinn dan Yusly, jadikanlah rumah tangga mereka
bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu,
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah 
serta berikanlah kepada mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 
Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin".













Thursday, 25 April 2013

Majlis Persandingan Siti & Ude

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami. 

Alhamdulillah pada tarikh 21hb April 2013 bertempat di Felda Kledang, Kota Tinggi, Johor  telah berlangsung Majlis Persandingan antara Saudari Siti dan pasangannya Saudara Ude. Pasangan mempelai diraikan dengan satu majlis yang penuh kemeriahan dan kesyukuran. Pihak keluarga mempelai amat terharu dengan kehadiran saudara mara, jiran tetangga , rakan-rakan dari jauh dan dekat walaupun hujan turun dengan lebatnya. 

Dikesempatan ini, pihak JBsnaper memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan ketika kami menjalankan tugas. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang terlibat pada majlis ini. 

Kami juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan mempelai, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.
Terima kasih.

***Sabda Nabi Muhammad S.A.W.***
"Apabila berkahwin seseorang daripada kamu,
maka sempurnalah separuh agamanya,
maka hendaklah ia bertakwa kepada
Allah S.W.T untuk selebihnya..."














Friday, 5 April 2013

Majlis Persandingan Jun & Wan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. 

Kali ini kami paparkan detik-detik indah sewaktu majlis persandingan saudara Wan dan pasangannya saudari Jun yang berlangsung di kediaman keluarga mempelai di Felda Sening, Kota Tinggi, Johor. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah pasangan mempelai dan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah, In Shaa Allah. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran dengan kehadiran saudara mara, sahabat handai dan juga para tetamu jemputan.

Dikesempatan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang memberikan sepenuh kerjasama kepada kami. Kami mohon kemaafan jika terdapat kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Terima kasih.

“Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah serta kekalkanlah kebahagiaan mereka sehingga ke syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.











Majlis Pertunangan Azerie & Umaira


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kisah kali ini  adalah catatan perjalanan detik-detik manis pada  Majlis Pertunangan antara Saudari Umaira & Saudara Azerie yang berlangsung di Felda Sening, Kota Tinggi, Johor. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan yang diraikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Majlis dihadiri oleh pihak lelaki, saudara mara, jiran tertangga dan sahabat handai yang sama-sama berkongsi kegembiraan.

Semoga ikatan pertunangan yang dibina berkekalan ke jinjang perkahwinan dan keakhir hayat. Kami dari pihak Jbsnaper sentiasa mendoakan kebahagian pasangan dan ikatan yang dibina mendapat keredhaan-Nya.
Kami memohon kemaafan andai ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan, keluarga dan semua yang menjayakan majlis ini. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku dekatkanlah dia padaku,
 satukan hatinya dengan hatiku,  titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."


~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~







Majlis Persandingan Yana & Ayie



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kali ini, Jbsnaper group diberikan tanggungjawab untuk merakamkan detik-detik manis persandingan pasangan mempelai Yana & Ayie di Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran kepada-Nya. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang datang dari merata tempat, jauh dan dekat. Masing-masing gembira untuk turut serta dalam majlis peersandingan. Ikatan cinta yang terbina akhirnya disatukan dengan ikatan akad yang membawa pasangan ke alam perkahwinan.

Kami dari pihak Jbsnaper sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

"Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan pada (pernikahanmu) ini, serta mengumpulkan kalian berdua (pengantin) dalam kebaikan".

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pasangan pengantin yang sudi menggunakan khidmat kami, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga pasangan, rakan-rakan dan semua yang memberikan kerjasama yang baik ketika kami menjalankan tugas. In Shaa Allah, semoga ikatan yang terjalin sentiasa diredhai-Nya. Terima Kasih.








Majlis Persandingan & Bertandang Alif & Hanisa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bingkisan kali ini memaparkan kisah percintaan antara Alif dan Hanisa yang berlangsung di Felda Kledang, Kota Tinggi, Johor. Majlis persandingan diadakan pada 16 Mac 2013 manakala majlis bertandang pada 17 Mac 2013. Kemeriahan majlis terserlah dengan kehadiran jiran tertangga,saudara mara dan rakan-rakan dari  jauh dan dekat. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

"Apabila seorang hamba telah bersuami / beristeri, dia telah menyempurnakan separuh agamanya, pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah S.W.T..."
"Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan suami isteri ini dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat...."

Pihak Jbsnaper memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang kami menjalankan tugas. Terima kasih diucapkan kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang memberi kerjasama sepanjang kami menjalankan tugas.
Terima kasih..