Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bingkisan kali ini memaparkan kisah percintaan antara Alif dan Hanisa yang berlangsung di Felda Kledang, Kota Tinggi, Johor. Majlis persandingan diadakan pada 16 Mac 2013 manakala majlis bertandang pada 17 Mac 2013. Kemeriahan majlis terserlah dengan kehadiran jiran tertangga,saudara mara dan rakan-rakan dari jauh dan dekat. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.
"Apabila seorang hamba telah bersuami / beristeri, dia telah menyempurnakan separuh agamanya, pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah S.W.T..."
"Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan suami isteri ini dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat...."
Pihak Jbsnaper memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang kami menjalankan tugas. Terima kasih diucapkan kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang memberi kerjasama sepanjang kami menjalankan tugas.
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment