Monday, 10 June 2013

Majlis Persandingan Eiza & Ejam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pasangan Eiza & Ejam bagi merakamkan detik-detik manis sewaktu Majlis Persandingan mereka yang bertempat di Pontian, Johor. Majlis berlangsung pada tarikh 25 & 26 Mei 2013.

Saudari Eiza merupakan adik kepada kru kami, iaitu Saudara Wira_JB. Oleh itu, Saudara Wira_JB di berikan tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan bagi memastikan setiap detik indah berjaya dirakamkan.

Majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh ramai tetamu jemputan yang datang dari jauh dan dekat yang sama-sama memeriahkan lagi majlis persandingan tersebut. 

Dikesempatan ini, kami dari pihak JBSnaper memohon kemaafan seandainya ada serba sedikit kekurangan ketika pihak kami menjalankan tugas. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memberikan kerjasama sepanjang majlis ini berlangsung. Kami mendoakan agar pasangan Eiza & Ejam diberi kekuatan, kesabaran dalam melayari bahtera berumahtangga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Terima kasih....



















Thursday, 6 June 2013

Majlis Persandingan Ram & Ayu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Kisah Persandingan kali ini adalah diantara Saudara Ramdan dan pasangannya Saudari Ayu. Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kampung Jawa, Pengerang Johor.  Majlis pernikahan dan persandingan diadakan pada 26 Mei 2013. 

Majlis diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai tetamu jemputan terdiri daripada saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan yang datang dari jauh dan dekat. Alhamdulillah cuaca yang cerah juga seakan turut serta meraikan pasanagna pengantin.

Kami mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak mempelai mengundang kami bagi merakamkan detik-detik manis. Kami juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Kami mendoakan pasangan berbahagia keakhir hayat serta memperoleh zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

“Semoga ALLAH memberi keberkatan kepadamu (ketika dirimu bahagia dan harmoni), dan semoga ALLAH (tetap) memberi keberkatan ke atasmu (ketika keadaanmu bergolak), dan Semoga ALLAH mengumpulkan antara kamu berdua dalam kebaikan.”

Sekian terima kasih.

















Majlis Persandingan Wiyah & Fadil

Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera...

Kali ini pihak kami dijemput untuk melaksanakan tanggungjawab pada Majlis Persandingan Saudara Fadil dan Saudari Wiyah yang berlangsung di teratak keluarga mempelai perempuan yang terletak di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor 
pada 11 Mei 2013.

Majlis bermula dengan acara pernikahan pada waktu pagi, seterusnya sesi persandingan pada waktu petang dan berakhir dengan sesi outdoor. Majlis berlangsung dengan lancar dengan dihadiri oleh ramai jemputan dari segenap peringkat umur yang datangnya dari jauh dan dekat. Ahli-ahli keluarga turut bersatu hati dan bekerjasama bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik.

Dikesempatan ini, kami dari pihak JBsnaper mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai, keluarga, rakan-rakan dan saudara mara yang memberikan layanan baik dan kerjasama sepenuhnya ketika kami menjalankan tugas. Kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan yang tidak disengajakan. Kami mendoakan pasangan mempelai berbahagia ke akhir hayat. 

"Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, 
maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT 

kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT 
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT".

Sekian, Terima kasih.