Kisah Persandingan kali ini adalah diantara Saudara Ramdan dan pasangannya Saudari Ayu. Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kampung Jawa, Pengerang Johor. Majlis pernikahan dan persandingan diadakan pada 26 Mei 2013.
Majlis diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai tetamu jemputan terdiri daripada saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan yang datang dari jauh dan dekat. Alhamdulillah cuaca yang cerah juga seakan turut serta meraikan pasanagna pengantin.
Kami mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak mempelai mengundang kami bagi merakamkan detik-detik manis. Kami juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Kami mendoakan pasangan berbahagia keakhir hayat serta memperoleh zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
“Semoga ALLAH memberi keberkatan kepadamu (ketika dirimu bahagia dan harmoni), dan semoga ALLAH (tetap) memberi keberkatan ke atasmu (ketika keadaanmu bergolak), dan Semoga ALLAH mengumpulkan antara kamu berdua dalam kebaikan.”
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment