Monday, 13 May 2013

Majlis Persandingan Ieta & Zuhailee

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

Kali ini kami paparkan sedikit coretan dan saat indah pada Majlis Persandingan Saudari Ieta dan pasangannya Saudara Zuhailee. Majlis bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Sg Rengit, Pengerang pada 28 April 2013.

Majlis bermula dengan Majlis Pernikahan pada waktu pagi, seterusnya Majlis Persandingan dan diakhiri dengan sesi outdoor bersama pasangan mempelai pada waktu petang. Tampak meriah majlis meraikan pasangan mempelai ini dengan kehadiran rakan-rakan, jiran tetangga, saudara mara yang datangnya dari jauh dan dekat.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terpancar rasa kesyukuran diwajah pasangan mempelai, keluarga dan saudara mara dengan kemeriahan majlis.

Dikesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai dan keluarga kerana sudi menggunakan khidmat kami. Kami juga mewakili pihak Jbsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas.

Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada pasangan Ieta & Zuhailee serta seluruh ahli keluarga. In Shaa Allah jika diberi kesempatan kita akan bersua semula.
Terima Kasih.


Tidak perlu mencari teman secantik Balqis ,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
Jika kasih tidak sekuat Hajar,
Dan mengapa didamba teman hidup yang sesempurna Muhammad,
Jika ada keburukan dalam diri,
Bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah,
dia milikmu kini dan selamanya, Amin...













Majlis Persandingan Suhaila & Adzhar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Coretan kali ini adalah mengenai Majlis Persandingan Saudari Suhaila dan pasangannya Saudara Adzhar.
Majlis berlangsung pada 27 April 2013 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Felda  Tunggal, Kota Tinggi, Johor. Alhamdulillah pasangan diraikan dengan satu majlis yang gilang gemilang dengan kehadiran ramai tetamu jemputan yang datangnya dari jauh dan dekat. 

Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Kami dari pihak Jbsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya ada kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memberikan kerjasama yang baik ketika kami menjalankan tugas. 

Kami mendoakann semoga ikatan suci yang dibina sentiasa diredhai-Nya, berbahagia ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Semoga berjumpa lagi...


Firman Allah S.W.T
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, 
"Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah)
diciptakan-Nyajodoh-jodoh untuk kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang, 
Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi orang-orang yang berfikir"
( Surah Al-Rum, ayat 21 )










Friday, 26 April 2013

Majlis Persandingan Alinn & Yusly

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 

Indah, megah dan bergemerlapan. Itulah yang dapat kami simpulkan pada Majlis Persandingan pasangan Saudari Alinn dan Saudara Yusly yang bertempat di kediaman pengantin perempuan di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Suasana perkahwinan bak Puteri dan Putera Kayangan dengan singgahsana serba putih dan dihiasi dengan lampu-lampu indah umpama taman larangan. 

Majlis  di hadiri tetamu yang datang dari jauh dan dekat yang sama -sama memeriahkan lagi majlis. Sinar kebahagian dan kegembiraan terpancar dari wajah pasangan mempelai dan keluarga yang bersyukur kerana majlis berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.

Kami dari pihak JBsnaper menyusun jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan ketika kami menjalankan tugas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan mempelai dan keluarga atas kerjasama dan layanan baik ketika kami di sana. 
Berjumpa lagi....

" Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon restu-Mu agar  limpahkanlah berkat dan  rahmatilah 
pasangan Alinn dan Yusly, jadikanlah rumah tangga mereka
bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu,
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah 
serta berikanlah kepada mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 
Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin".













Thursday, 25 April 2013

Majlis Persandingan Siti & Ude

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami. 

Alhamdulillah pada tarikh 21hb April 2013 bertempat di Felda Kledang, Kota Tinggi, Johor  telah berlangsung Majlis Persandingan antara Saudari Siti dan pasangannya Saudara Ude. Pasangan mempelai diraikan dengan satu majlis yang penuh kemeriahan dan kesyukuran. Pihak keluarga mempelai amat terharu dengan kehadiran saudara mara, jiran tetangga , rakan-rakan dari jauh dan dekat walaupun hujan turun dengan lebatnya. 

Dikesempatan ini, pihak JBsnaper memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan ketika kami menjalankan tugas. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang terlibat pada majlis ini. 

Kami juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan mempelai, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.
Terima kasih.

***Sabda Nabi Muhammad S.A.W.***
"Apabila berkahwin seseorang daripada kamu,
maka sempurnalah separuh agamanya,
maka hendaklah ia bertakwa kepada
Allah S.W.T untuk selebihnya..."














Friday, 5 April 2013

Majlis Persandingan Jun & Wan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. 

Kali ini kami paparkan detik-detik indah sewaktu majlis persandingan saudara Wan dan pasangannya saudari Jun yang berlangsung di kediaman keluarga mempelai di Felda Sening, Kota Tinggi, Johor. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah pasangan mempelai dan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah, In Shaa Allah. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran dengan kehadiran saudara mara, sahabat handai dan juga para tetamu jemputan.

Dikesempatan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai, keluarga dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang memberikan sepenuh kerjasama kepada kami. Kami mohon kemaafan jika terdapat kekurangan ketika kami menjalankan tugas. Terima kasih.

“Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah serta kekalkanlah kebahagiaan mereka sehingga ke syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.